Wednesday, August 10, 2011

APE LAH NAK JADI -___-

ASSALAMUALAIKUM semua :)
harini aku nak share skit pasal dua org pemuda tah dari mne tah yg mulut mcm LONGKANG ! kurang aja la diaorg ni wei . mmg dasar tak tahu malu , mcm org yg tak boleh berfikir . mase aku tgh belek belek FB aku td , aku terbuka satu pic ni then aku bace lah . YA ALLAH ! dua orglaki ni tulis kat wall dia mcm org tak bole berfikir . puii , korang tgk and bace sendiri ape yg dorang coment okay.


korang dh bace kan . sakit hati tak korang ? huhh -.-
MANUSIA apakah !

Tuesday, August 9, 2011

:)

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

MANUSIA DAN KEGAGALAN !

-Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
-Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
-Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
-Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
-Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
-Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
-Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
-Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
-Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
-Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

Monday, August 8, 2011

CRY :'(

peep's ! nak tau tak ade org nangis wei , nak tau tak siapakah manusia yg menangis tu ? HAHA , aku lah tu . act , aku nangis sebab aku tgk movie melayu kat tv2 smlm . sedih wei movie tu . seriously aku ckp mmg aku terharu and dpt imagine mcmne ah kalau aku kt tmpt permpuan tu :'( emm , tajuk movie tu SYAHADAH . eja , eizlan yusof and sape tah nme sorang permpuan tu yg brlakon cte tu . cite tu sbnrnye kisah ank yatim piatu (eja) yg diangkat oleh makcik sorang ni then ble dah besar dia kawin kan ank dia ngn eja tu . pastu ade adik angkat suami eja, yoni ni mmg syok dkt abg angkt dia drpd dorang kecik2 lg . eja ni ade penyakit buah pinggang . pastu korang tau mak mentua eja tu sedapsedap je nk kawinkn yoni tu ngn ank dia . walaweii , mmg selfish btul org tua tu . huhh ! bile je eja dpt tau yg mak mentua dia nk kawinkn laki dia dgn yoni , hancur hati eja kau tau tak . sedih aku tgk wei . meleleh leleh air mata aku :'( dah la tgh sakit then dapat lak tau laki nk kawin lain siapa tak sedih kan ! tp last last eja redha je dgn semua yg berlaku and berharap supaya laki dia dpt bersifat adil . kesian eja kan . suami dia tak pernah jge perasaan eja tu . hmmm . SABAR je laa ~ tp nsib bek la eja tu kuat kan . NANTI KORANG TGK SENDIRI LA MOVIE TU YE :)

PENGAJARAN : lelaki ohh lelaki, cubalah jaga skit perasaan perempuan okay .

p/s : aku hope aku dapat jdi perempuan mcm eja tu . sentiasa tabah mnghadap sgla dugaan . AMIN ~


Friday, August 5, 2011

koleksi GITAR :)

ouitt . aku nak tunjuk ngn korang pic gitar yg aku minat . aku ni suka main gitar. aku blaja main gitar ponn dari abg and cousin aku :) act , aku main gitar ni bukan sebab nk tiru YUNA ke , ANA RAFALI ke but aku mmg minat main gitar ni . aku tak la seTERER dorang main gitar . but , bole laa. blaja sikit sikit , lamalama jadi bukit kan kan ? HEHE :) first aku main gitar mmg sakit jari jari aku weyh . bila lamalama dah biasa dah . hilang segala sakitnya . maybe after SPM aku nak pegi kelas music utk blaja gitar dgn lebih mendalam . skrg tak bole lg , sbb SPM semakin dekat. GRR -.- BLURR ! tapi takpe , parent's aku selalu pesan SPM tu la penentu masa depan kita . so , aku kenalah study hard . YEAHH ! AIKK , bukak pasal SPM pulak dahh . HAHA ! kembali ke topik asal semula :)
korang tau tak bila aku main gitar kan , hilang kebosanan yg melanda kat diri aku . HEHE . aku selalu duduk dlm bilik , nyanyi sambil main gitar . macam macam lagu yg aku nyanyi . hilanG tension weyh . HAHA :) suara aku pun tak la sesedap mane. bole laa , setakat nak panggil hujan turun tu bole laa . not a big deal ! HAHA :) but do i care ? langsung tak ! aku bersyukur dengan kelebihan yg ada kat diri aku skrg ni . ALHAMDULILLAH :)

p/s : thanks for my lovely brother , SAIFUL MIZAN and my awesome cousin yg sudi ajar aku main gitar ni . kalau korang tak ajar aku , takde lah gitar dlm hidup aku ni haa :)

ANTARA GITAR YANG AKU MINAT :




me and my CLASSMATES :)

ouhh yeahh :) okay post aku harini pasal aku dan classmates aku . memandangkan aku baru buat BLOG ni , so byk la story yg aku nk share kan . HEHE . act , aku baru move sarawak tahun lepas bulan 7 ke 8 . lebih kurang camtu arr . tapi before aku dtg kuching aku pegi miri dlu , rumah nenek saudara aku . time raya tahun lepas bru aku dtg kuching . yela tempat tiggal baru , sch pun baru la kan . awal tahun tu aku masuk SMK SANTUBONG . sch baru malu la skit kan . masuk je sch tu , macam patung je aku . HAHA . tak bnyk ckp . org semenanjung dtg sarawak kan . pelik la ckp nye . aku nak cakap sarwak mmg tak reti , tp bila dorang ckp srwk ngn aku , aku faham la jugak :)dorang sume lawak wei , HAHA . kalau dorang ckp semenanjung ngn aku , aku rase nak pecah perut gelak tgk dorang cakap . yela mane taknye , ade yg ckp longhat kelantan la , n9 la and mcm ckp indon pun ada . HAHAHA :) ade plak kawan aku laki aku , first aku masuk sch dia panggil aku KAKA , hehe . dia ingt aku ni pemain bola sepak yg REAL MADRID nama KAKA tu kot agknye . but aku suka dia panggil aku kaka . nak tau knpe ? sbb aku ni slh sorang peminat KAKA tu . HEHE :)but skrg aku dah takde sifat pemalu tu . SELAMBER je . dorang pun dah rpt ngn aku . YEAHH ! aku enjoy sgt msuk class 5A2 tu . and lastly , i hope our classmates get a good result in SPM . wish me luck yaw :)

Thursday, August 4, 2011

ciri-ciri orang yang BERJAYA

Kita semua sering mendengar sahabat kita menceritakan tentang kejayaaan saudara atau rakan-rakan mereka yang berjaya . Kebanyakan kejayaan mereka diukur dari harta benda dan kemewahan yang mereka miliki . Ini kerana pada pandangan mereka mengatakan sekiranya seseorang mampu memiliki kereta besar , rumah besar dikategorikan sebagai orang yang berjaya . Tetapi ada sesetengah orang pula mengatakan anak yang soleh , anak yang membesar dalam ilmu yang cukup , bini yang taat juga dikategorikan sebagai orang yang berjaya . Walau apa pun pandangan itu , mereka tetap dikategorikan sebagai orang yang berjaya.

Tetapi bagaimana pula untuk berjaya ? Pernahkah anda terfikir bagaimana mereka boleh berjaya ? Ada yang berjaya walaupun tidak pernah menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan dan ada pula yang berjaya dengan menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat dan Tuhan . Ini adalah semua kuasa Tuhan kerana iaNya penentu segalanya bagi rezeki kita selama ini .

Antara Ciri Orang Yang Berjaya:

1. Mempunyai Matlamat Hidup / Cita-Cita – Seperti mahu membeli rumah, mahu bebas hutang,mahu anak-anak berjaya, mahu menjadi kaya sebelum umur 35 tahun.

2. Mempunyai Disiplin – Disiplin ini bermaksud seperti ketepatan waktu, tegas, mampu membuat keputusan. Orang yang berjaya mempunyai jam biologi 4-5 jam sahaja waktu tidur. Ini kerana waktu tidur yang lama sehingga ke tengahari akan melembapkan Otak dan menutup pintu rezeki.

3. Mempunyai idea- Idea bermaksud akal fikiran atau logikal dalam membuat keputusan. Tidak semata-mata mengharapkan idea dari orang lain untuk melakukan kerja.

4.Mempunyai Jati Diri- Jati diri ialah sejauh mana ketahanan untuk hidup untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Lihat sahaja Lim Goh Tong,Boon Siew, Syed Mokhtar, Rober Kuok,Daim Zainuddin dan usahawan yang lain. Mereka semua tidak pernah patah semangat untuk berjaya walaupun banyak kekurangan.

5.Belajar untuk memberi semula-Kejayaan kita juga diukur dari segi keberkatan rezeki yang kita dapat, sejauh mana anda mampu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan anda. Ini kerana di dalam Islam menyuruh kita berZakat kerana ianya dapat menyucikan harta kita. Kita harus percaya bahawa rezeki datang dariNya dan bukan dari manusia.

6. Bijak mengambil peluang- Peluang dari segi pasaran saham,pasaran rumah,perniagaan.

7. Orang yang berjaya sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”. Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

8.Hormat Menghormati- Seorang anak harus menghormati ibubapanya tidak atau mertuanya. Kerana keberkatan rezeki tidak akan dapat walau sekuat mana pun kita berusaha. Rezeki yang diterima mungkin melimpah ruah,tetapi mungkin sekejap sahaja. Ini lah faktor dimana saya melihat banyak rakan-rakan saya tidak berjaya sehingga hari ini. Doa ibubapa merupakan doa yang tiada halangan kerana ianya dinaikkan terus ke Allah.

9. Tawakkal – Berserah kepada Tuhan dalam menemu kejayaan. Ini adalah kemestian yang perlu ada di dalam umat Islam untuk mencari kejayaan. Segala yang dilakukan perlu mempunyai tawakkal kerana kita telah melakukan yang terbaik dan hanya kepadaNya kita mengharapkan keberkatan rezeki itu.

new BFF :)

okay , aku nak story skit pasal new BFF aku IZYAN HAZWANI . act , aku bru kenal dia bulan march ritu . yela sch baru kawan pun baru la kan. hehe :) dia ni mulamula aku tgk , ish bapak sombong perempuan ni. haha , tp ruparupanya tak (: aku mula TEGUR dgn dia bila dia dtg lepak rumah aku . mase tu aku ajak dia jalanjalan kat pantai . so , dia on je . tapi time tu aku tak rapat lg dgn dia sgt. after dia move class aku baru la kteorg bertegur , rehat samasama , pergi manemane semua samesame lah . hehe . then , bila aku dah kenal dia baru lah aku tahu perangai dia yg sebenarbenarnya . dia tu mmg 'SEBUNTUT' la dgn aku . HAHA . dia tu cute tau , dah lah pendek . kalau jalan sebelah aku mcm jalan dgn budak fom3 je . HAHA . em , aku tak kesah la semua tu . aku kalau ade probs mesti aku share dgn dia , dia punn same gak . one more thing , kteorg suke PORET tau . HAHA . klu org sarawak cakap poret tu means nye GOSIP :) buat dosa je . HEHE . tapi kterg takkn bergosip klu takde org sakit kan hati kteorg . org yg sakitkan hati kterg tu mmg cari msalh je kan . well , nobody's perfect rite ? emm . and lastly , i hope persahabatan kteorg takkan ade masalah and kekal sampai bilabila ~


my BFF : izyanHAZWANI