Thursday, September 29, 2011

SAHABAT :'(

ASSALAMUALAIKUM kawankawan semua . dah lama tak update blog aku ni . bz skit la . so , harini aku ade benda sikit nak kongsi kat korang and aku sedih sangat-2. hurmmm , korang tau tak yg aku ngn BFF aku tak tegur and aku sedih sgt2 . ni semua salah aku gak . aku ni mmg SELFISH and tak pandai nak jage hati kawankawan aku . JAHAT KAN AKU ! :'( but now , aku menyesal dgn ape yg aku dah buat ni . aku kena buang perangai buruk aku tu ! BFF aku kecik hati ngn aku . dia cakap aku LUPA KAWAN ! kejam kan aku :'( korang tau tak , aku hope sgt yg BFF aku tu akan tegur and kawan aku balik . even dia tak tegur or taknak kawan aku sekalipun , aku tetap anggap dia BFF aku . aku syg sgt2 kat dia . before ni , dialah jadi pendengar setia bila aku ade masalah , study ngn aku , pergi mane2 ngn aku and macam2 la . but now.... hurmm. seriously , i miss that time :(

p/s : korang tolong doakan aku ngn dia bertegur semula tau :( and korang jgn jadi macam aku ni tau , seorang yg SELFISH !

I JUST WANT YOU TO KNOW , I NEVER EVER AND EVER FORGET HOW MUCH YOU MEAN TO ME :)
im soryy for everything that i've done :( i loveyouu BFF !

Bila bersahabat jagalah hati dan perasaan sahabat ,
Bila bersahabat apabila kita berjanji kepada sahabat tunaikanlah ia ,
Bila bersahabat kita tidak tahu secara sedar atau tidak perbuatan kita boleh melukakan hati sahabat,
sahabat takkan berkata hatinya disakiti ,hanya berdiam menyendiri .
Bila bersahabat sentiasa mendoakan yg terbaik untuknya didunia dan diakhirat ,
Bila bersahabat jangan biarkan sahabat tersesat , nasihatilah sahabat balik ke pangkal jalan ,
Bila bersahabat sayangilah dia selagi dia masih ada...

* AKU AKAN CUBA UBAHKAN SIKAP AKU , I WILL ! :)

Wednesday, August 10, 2011

APE LAH NAK JADI -___-

ASSALAMUALAIKUM semua :)
harini aku nak share skit pasal dua org pemuda tah dari mne tah yg mulut mcm LONGKANG ! kurang aja la diaorg ni wei . mmg dasar tak tahu malu , mcm org yg tak boleh berfikir . mase aku tgh belek belek FB aku td , aku terbuka satu pic ni then aku bace lah . YA ALLAH ! dua orglaki ni tulis kat wall dia mcm org tak bole berfikir . puii , korang tgk and bace sendiri ape yg dorang coment okay.


korang dh bace kan . sakit hati tak korang ? huhh -.-
MANUSIA apakah !

Tuesday, August 9, 2011

:)

Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahwa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

MANUSIA DAN KEGAGALAN !

-Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
-Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
-Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
-Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
-Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
-Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
-Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
-Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
-Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
-Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

Monday, August 8, 2011

CRY :'(

peep's ! nak tau tak ade org nangis wei , nak tau tak siapakah manusia yg menangis tu ? HAHA , aku lah tu . act , aku nangis sebab aku tgk movie melayu kat tv2 smlm . sedih wei movie tu . seriously aku ckp mmg aku terharu and dpt imagine mcmne ah kalau aku kt tmpt permpuan tu :'( emm , tajuk movie tu SYAHADAH . eja , eizlan yusof and sape tah nme sorang permpuan tu yg brlakon cte tu . cite tu sbnrnye kisah ank yatim piatu (eja) yg diangkat oleh makcik sorang ni then ble dah besar dia kawin kan ank dia ngn eja tu . pastu ade adik angkat suami eja, yoni ni mmg syok dkt abg angkt dia drpd dorang kecik2 lg . eja ni ade penyakit buah pinggang . pastu korang tau mak mentua eja tu sedapsedap je nk kawinkn yoni tu ngn ank dia . walaweii , mmg selfish btul org tua tu . huhh ! bile je eja dpt tau yg mak mentua dia nk kawinkn laki dia dgn yoni , hancur hati eja kau tau tak . sedih aku tgk wei . meleleh leleh air mata aku :'( dah la tgh sakit then dapat lak tau laki nk kawin lain siapa tak sedih kan ! tp last last eja redha je dgn semua yg berlaku and berharap supaya laki dia dpt bersifat adil . kesian eja kan . suami dia tak pernah jge perasaan eja tu . hmmm . SABAR je laa ~ tp nsib bek la eja tu kuat kan . NANTI KORANG TGK SENDIRI LA MOVIE TU YE :)

PENGAJARAN : lelaki ohh lelaki, cubalah jaga skit perasaan perempuan okay .

p/s : aku hope aku dapat jdi perempuan mcm eja tu . sentiasa tabah mnghadap sgla dugaan . AMIN ~


Friday, August 5, 2011

koleksi GITAR :)

ouitt . aku nak tunjuk ngn korang pic gitar yg aku minat . aku ni suka main gitar. aku blaja main gitar ponn dari abg and cousin aku :) act , aku main gitar ni bukan sebab nk tiru YUNA ke , ANA RAFALI ke but aku mmg minat main gitar ni . aku tak la seTERER dorang main gitar . but , bole laa. blaja sikit sikit , lamalama jadi bukit kan kan ? HEHE :) first aku main gitar mmg sakit jari jari aku weyh . bila lamalama dah biasa dah . hilang segala sakitnya . maybe after SPM aku nak pegi kelas music utk blaja gitar dgn lebih mendalam . skrg tak bole lg , sbb SPM semakin dekat. GRR -.- BLURR ! tapi takpe , parent's aku selalu pesan SPM tu la penentu masa depan kita . so , aku kenalah study hard . YEAHH ! AIKK , bukak pasal SPM pulak dahh . HAHA ! kembali ke topik asal semula :)
korang tau tak bila aku main gitar kan , hilang kebosanan yg melanda kat diri aku . HEHE . aku selalu duduk dlm bilik , nyanyi sambil main gitar . macam macam lagu yg aku nyanyi . hilanG tension weyh . HAHA :) suara aku pun tak la sesedap mane. bole laa , setakat nak panggil hujan turun tu bole laa . not a big deal ! HAHA :) but do i care ? langsung tak ! aku bersyukur dengan kelebihan yg ada kat diri aku skrg ni . ALHAMDULILLAH :)

p/s : thanks for my lovely brother , SAIFUL MIZAN and my awesome cousin yg sudi ajar aku main gitar ni . kalau korang tak ajar aku , takde lah gitar dlm hidup aku ni haa :)

ANTARA GITAR YANG AKU MINAT :




me and my CLASSMATES :)

ouhh yeahh :) okay post aku harini pasal aku dan classmates aku . memandangkan aku baru buat BLOG ni , so byk la story yg aku nk share kan . HEHE . act , aku baru move sarawak tahun lepas bulan 7 ke 8 . lebih kurang camtu arr . tapi before aku dtg kuching aku pegi miri dlu , rumah nenek saudara aku . time raya tahun lepas bru aku dtg kuching . yela tempat tiggal baru , sch pun baru la kan . awal tahun tu aku masuk SMK SANTUBONG . sch baru malu la skit kan . masuk je sch tu , macam patung je aku . HAHA . tak bnyk ckp . org semenanjung dtg sarawak kan . pelik la ckp nye . aku nak cakap sarwak mmg tak reti , tp bila dorang ckp srwk ngn aku , aku faham la jugak :)dorang sume lawak wei , HAHA . kalau dorang ckp semenanjung ngn aku , aku rase nak pecah perut gelak tgk dorang cakap . yela mane taknye , ade yg ckp longhat kelantan la , n9 la and mcm ckp indon pun ada . HAHAHA :) ade plak kawan aku laki aku , first aku masuk sch dia panggil aku KAKA , hehe . dia ingt aku ni pemain bola sepak yg REAL MADRID nama KAKA tu kot agknye . but aku suka dia panggil aku kaka . nak tau knpe ? sbb aku ni slh sorang peminat KAKA tu . HEHE :)but skrg aku dah takde sifat pemalu tu . SELAMBER je . dorang pun dah rpt ngn aku . YEAHH ! aku enjoy sgt msuk class 5A2 tu . and lastly , i hope our classmates get a good result in SPM . wish me luck yaw :)